top
logo

Maklumat Muktamar

Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini616
mod_vvisit_counterKeseluruhan148370

Home
Muktamar DPPWP: Kamaruzzaman kekal Ketua Pemuda Wilayah PDF Cetak Emel
FRIDAY, 08 Mei 2009 02:00
KUALA LUMPUR, 8 Mei - Bertempat di Dewan Dato; Fadhil Noor, Markas Tarbiyyah Taman Melewar pada 2 dan 3 Mei yang lepas berlangsungnya Muktamar Pemuda Pas Wilayah Persekutuan yang menyaksikan Jawatan Ketua Pemuda dikekalkan.  Mandat untuk penggal kedua diberikan kepada Kamaruzaman Mohamad.
 

Sementara itu Mantan Ketua Penerangan, Herman Samsudeen dilantik sebagai Timbalan Ketua Pemuda mengantikan Kamarul Arif Muhamad. Perkara yang sama turut berlaku dalam jawatan Naib Ketua Pemuda dimana Lokman Ibrahim dilantik menggantikan penyandang jawatan tersebut sebelum ini Khairul Anuar Abd Manaf.

 

Dimaklumkan keputusan tersebut dibuat melalui Majlis Syura Pemuda Wilayah yang kemudiannya diluluskan oleh Perwakilan Muktamar.

 

Manakala 10 orang Ahli Jawatankuasa telah dipilih oleh perwakilan pada hari yang sama, mereka yang dipilih  ialah Hj. Khairil Nizam, Fatah Yusof, Suhaimi Abd Aziz, Solihin Zakaria, Fadhil Othman, Hafiz Habil, Khafi Ali, Ust. Adlin Salleh, Nasaie Ismail, dan Mior Isfandy Azizan.

 

Pemuda Wilayah mengharapkan gabungan muka baru dan lama ini dapat membantu meneruskan perjuangan pemuda wilayah dan Pas di Wilayah Persekutuan ini khususnya.

 

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa yang pertama turut dijangka akan berlangsung pada 10 Mei ini bagi perlantikkan beberapa orang AJK lagi serta pembentukan senarai organisasi yang baru.

 
 

Siaran Langsung

Album

Video

Related Videos

Pemilihan: Husam ingatkan penyokong jaga perpaduan parti
Pemilihan: Hus...
Muktamar :Peranan besar Muslimat imbangi Pemuda
Muktamar :Pera...
Keputusan: Nasharudin kekal Timbalan Presiden PAS
Keputusan: Nas...
Rasuah: Jawatankuasa pemilihan muktamar belum terima laporan
Rasuah: Jawata...

Tetamu

Kami ada 160 tetamu atas talian

bottom

Hak Cipta Terpelihara :: Jabatan IT PAS Pusat :: 2009