top
logo

Maklumat Muktamar


Home
Media mainkan istilah 'Konservatif' PDF Cetak Emel
Ditulis oleh Te@m I.T   

 

SHAH ALAM, 7 Jun- Ustaz Nasharudin Mat Isa menegaskan sekali lagi bahawa tidak ada agenda di peringkat pimpinan PAS untuk membawa PAS ke dalam UMNO seperti yang heboh diperkatakan sebelum ini.


Selain itu, beliau mengingatkan kepada semua ahli PAS agar tidak mudah terpengaruh dengan budaya asing dan istilah yang mainkan khususnya oleh pihak media.


"Sebagai contoh, istilah yang dikeluarkan oleh pihak media baru-baru ini iaitu istilah 'konservatif' ulama mangatasi golongan profesional dalam keputusan pemilihan Muktamar PAS Tahunan yang ke 55,


"Istilah yang digunakan oleh orang luar ini sebenarnya mahu memerangkap PAS dan memecah belahkan PAS serta mahu PAS disimbolkan sebagai sebuah parti Islam yang jumud dan berfikiran tertutup," tegas beliau.


PAS kini lebih dinamik dalam hal-hal politik iaitu dengan kewujudan Kelab Penyokong PAS ini jelas terbukti bahawa PAS tidak konservatif seperti yang dmainkan oleh media luar.


"namun, jika konservatif telah berlaku dalam PAS, ini menunjukkan PAS tidak akan sampai ke tahap sekarang iaitu, orang bukan Islam boleh berucap di dalam muktamar tahunan PAS," tambahnya


Selain itu banyak ijtihad ynag telah dilakukan dalam PAS di mana banyak kajian-kajian telah dilakukan terhadap ijtihad tersebut.



Ustaz Nasharudin sempat menyatakan bahawa pindaan perlembagaan PAS yang dicadangkan pada muktamar di Kedah dahulu telah diluluskan dan akan diperkuatkuasakan selepas Muktamar Tahunan PAS ke 55 ini.

LAST_UPDATED2
 

bottom

Hak Cipta Terpelihara :: Jabatan IT PAS Pusat :: 2009